Majlis resepsi pasangan pengantin, Akim Ahmad, 25, dan Stacy, 26, berlangsung meriah dengan tema biru di Hotel Shangri La Tanjung Aru. Sejurus disambut dengan bacaan selawat, pasangan bintang Akademi Fantasia (AF) itu diraikan dengan persembahan pembukaan oleh teman rapat Akim Iaitu Hazama yang mendendangkan lagu Sampai Mati. Stacy atau nama penuhnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam anggun menggayakan busana biru diraja rekaan Raffiey Nasir. Akim pula tampak segak dengan persalinan yang direka khas oleh Taufik Nong. Rakan artis seperti Hafiz Suip, Marsha, Faizul Sany, Velvet, Rich Estranged dan ramai lagi turut hadir bagi meraikan pasangan merpati dua sejoli itu.
Memaparkan catatan dengan label Apamaujadi Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apamaujadi Artis. Papar semua catatan
Sabtu, 6 Februari 2016
Rabu, 6 Februari 2013
Jumaat, 17 Ogos 2012
Anak Pertama Rini AF7 Meninggal Dunia
Empat hari lalu, terdapat beberapa media melaporkan yang penyanyi wanita yang lahir dari rancangan realiti Akademi Fantasia, Rini AF7, bayi sulungnya, Mariam Joanna Johanis berada di dalam keadaan kritikal.
Pada 11 Ogos lalu, bayi sulung Rini itu dilaporkan jatuh dari katil dan mengakibatkan lemas kerana tidur secara meniarap terlalu lama.
Mariam telah dimasukkan ke hospital Kajang kerana pernafasannya terhenti dan doktor mengesahkan anaknya itu berada dalam keadaan kritikal.
Namun, ini berita terbaru yang diterima.
Mariam telah pun meninggal dunia dan berita itu disahkan oleh seorang penyanyi wanita lain, Isma di laman Twitternya sebentar tadi.
Kata Isma, wajah Mariam seperti sedang tidur lena sewaktu dia menatap bayi itu buat kali terakhir.
Malah, menurut kenyataan Isma, Rini dalam keadaan stabil dan redha dengan ketentuan Ilahi yang menjemput anaknya pergi beberapa hari sebelum menyambut kedatangan Syawal.
Beberapa minat juga turut memuat naik status mengenai pemergian anak Rini di laman Facebook.
Rini telah melahirkan Mariam di Hospital Putrajaya jam 9.34 pagi Khamis yang lalu.
Rini terpaksa melahirkan bayinya itu secara pembedahan kerana berat Mariam adalah 4.25 kilogram.
Salam takziah buat Rini dan suaminya.
# melawat jenazah pun sempat tweet lg...AMJ la.
Selasa, 8 Mei 2012
Soalan Pedas Amir Raja Lawak Buat Nana Menangis
Penglibatan Amir Raja Lawak sebagai pengulas dalam program Super Spontan (SS) semakin mendapat perhatian. Walaupun ramai yang kurang setuju dengan kewujudan Amir dalam program ini, namun pembawakkan Amir semakin diterima penonton SS.
Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu salah seorang peserta SS kurang berkenaan dengan lawak dan soalan-soalan yang diberikan Amir tatkala siaran langsug program ini dipancarkan di Astro Warna (Saluran 132).
Dengarnya, Nana Che Mahazan pernah menangis sebaik saja Amir menanyakan soalan kepada dirinya.
Katanya, berkecil hati dan malu dengan apa yang disoalkan Amir ketika itu. Lantas, sebaik saja program memberi laluan iklan, Nana terus lari ke belakang pentas dan menangis.
Pun begitu, Murai Batu kurang pasti soalan yang berbentuk bagaimana membuatkan Nana terasa hati.
Apa kes pun, Murai Batu diberitahu tangisan Nana waktu itu disaksikan pengacara SS sendiri iaitu Adibah Noor.
Apa sekalipun, Murai Batu difahamkan Nana tetap menghadapinya dengan penuh tabah dan menerima konsep kewujudan Amir yang perlu mengapi-apikan peserta.
Oleh itu, ahli Angsa Ganas ini tidaklah bermusuh dengan Amir.
Sebaliknya, Nana dimaklumkan sering berhati-hati apabila tiba giliran Amir untuk mengulas.
Apa yang penting, Murai Batu juga ingin menasihatkan kepada Amir agar memberikan soalan yang relevan.
Jika benar ingin menjadi mulut tempayan sekalipun, lontarkanlah soalan yang berkaitan program.
Kalau Amir mahu tanyakan soalan berbentuk peribadi, Amir perlulah buat kaji selidik terlebih dulu.
Ingat Amir, bukan mudah untuk bertanyakan soalan kepada orang lain agar individu berkenaan tidak berkecil hati.
cerita di cilok dari www.rindok.com
Bekas Isteri Jimmy Shanley Hamil Anak Haram Ke?
SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.
Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.
Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
“SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.
“Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah,” kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.
Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.
Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.
Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.
Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986
Khamis, 3 Mei 2012
Bob Kuman Meninggal Dunia..Al-Fatihah
Ni time arwah hidup lg sebulan lepas...kena fitnah meninggal dunia.
Kucupan Terakhir
Semoga Allah mencucuri roh arwah...
Pelakon dan pelawak, Husni Rawi atau Bob Kuman disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.
Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.
Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama “Jangan Pandang Belakang Congkak” di Hulu Langat tahun lalu.
Menurut personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek, arwah dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada beliau.
Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.
“Berapa minit buat CPR?,” soal Mazidul.
“Lebih kurang 20 minit bang,” balasnya.
Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan Bob meninggal dunia 8 minit kemudian.
“Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar,” ujar kakitangan hospital terbabit.
Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.
Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.
Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
dicilok dari http://mynewshub.my
Isnin, 23 Januari 2012
Amaran..Jangan Tengok Sebab Lucah Sangat 18sx
blogger nih yg tulis tau...aku tertengok jer.korang tak yah la tengok...lucah sangat.Dia ckp gambar artis nampak tut...tp aku tak knl pun.artis ke ni?korang kenal ke?
Jumaat, 20 Januari 2012
Izwan Pilus Meninggal Dunia
Izwan pilus meninggal dunia petang tadi akibat jangkitan kuman dalam darah...Al-Fatihah untuk arwah. Salam takziah kepada keluarga arwah daripada apamaujadi.com.................
Selasa, 10 Januari 2012
Rita & Zaquan Adha Bercakaran
Pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dengan adik kembar suaminya, Zaquan Adha, yang dikatakan tidak pernah mempunyai hubungan baik di antara mereka dilaporkan bergaduh besar menerusi laman sosial Twitter milik mereka hari ini.Bermula dengan isu ‘ibu mertua suka atau atau tidak’ kepada Rita, pergaduhan antara ipar tersebut melarat kepada persoalan Rita yang bertanyakan tentang Zaquan yang dikatakan menyebabkan seorang gadis dikenali sebagai ‘M’ mengandung dan dipaksa gugurkan kandungan.
Difahamkan, Rita Rudaini pada mulanya menjawab soalan salah seorang rakan Twitternya tentang hubungan antara aktres tersebut dengan ibu mertuanya dan memberitahu bahawa dia tidak kisah sama ada ibu mertuanya sayang atau tidak padanya.
“xkisah pon mak mertua syg ke x dik..” kata Rita ketika angin masih tenang.
Mungkin tersinggung dengan kenyataan Rita berkaitan ibunya itu, Zaquan tiba-tiba mencelah masuk dan membalas kenyataan itu dengan menyatakan bahawa kakak iparnya itu tidak pernah pulang ke rumah mertuanya itu.“Mmg la xkisah mak mertua x sayang,sbb rumah mak mertua pun x pernah balik..jgn cari pasal la..makin lama makin melampau!!!!” balas Zafuan. Angin yang tenang kemudiannya bertukar menjadi ribut apabila Rita yang membalas kenyataan tersebut menjelaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah mertuanya kerana tidak suka untuk bertembung dengan Zaquan yang disifatkan sebagai ‘batu api’ yang mengeruhkan hubungannya dengan ibu mertuanya itu.
“Nk tau sgt kenape xbalik?? Sbb meluat tgk muka ko yg batu api besar.ko yg bzbody lebih, batu api,” kata Rita yang dipetik dari laman twitternya. Enggan mengalah, Zaquan kembali ke posisi menyerang kakak iparnya apabila mendakwa tindakannya itu adalah untuk menyelamatkan abangnya, Aidil Zafuan, dari Rita yang disifatkan sebagai ‘manusia kejam’.
“Klu aku jd batu api skali pun,aku nak selamatkan abg aku sendiri dari manusia yg kejam mcm kau!!” kata Zaquan lagi.‘Puting beliung’ yang berlaku antara kedua iparnya terus berlangsung dan tidak menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Rita melakukan serangan balas dengan mendakwa Zaquan lebih kejam kerana dikatakan pernah menyebabkan seorang gadis hamil dan meminta agar kandungan itu digugurkan.
“Aku kejam..ke ko yg kejam pregnantkn budak M pastu suh gugurkan?? Adoiii jgn cari pasal la bro.aku sabar dgn poyo ko ni.
“Sorry beb,aku da lama sabar dgn perangai setan ko yg brselindung dpn makbpk ko konon ko lebih baik dr abg ko,” kata Rita tidak dapat menahan sabarnya lagi.
Kenyataan Rita mengenai persoalan gadis ‘M’ tersebut turut disokong oleh salah seorang rakan Twitter Rita, diannerazak0608, yang mendakwa rakannya turut pernah menjadi ‘mangsa’ Zaquan.
“Wow rita, very the open, tp mmg betulla apa u ckp, si dia pon ada wat hal dgn member kita:),” kata rakan Twitter Rita itu.
Kenyataan diannerazak0608 itu memanaskan lagi keadaan apabila Rita dilihat semakin bersemangat untuk memalukan dan menghentam Zaquan.“Jantan mcm tu xble di biarkan..dia nk sgt kan malukn sy,meh kita start the game!,” balas Rita yang mahu meneruskan pergaduhan lebih besar terhadap Zaquan.Umum mengetahui yang Rita dan Zaquan mempunyai hubungan yang kurang baik sejak aktres tersebut menjalin hubungan cinta dengan kembar Zaquan, Aidil Zafuan tidak lama dahulu.
Pasangan itu turut mencetus kontroversi apabila berkahwin secara diam-diam di Songkhla, Thailand, pada Februari 2008 dan merahsiakan perkahwinan tersebut dari pengetahuan ibubapa serta keluarga sehingga rahsia tersebut dibongkar media kemudiaannya.Nampaknya, hubungan kekeluargaan yang dulunya renggang mungkin akan terus berlanjutan setelah masing-masing masih lagi menyimpan perasaan tidak puas hati dan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mencetuskan pergaduhan.
Ambil yang jernih...buanglah yang keruh. Tak elok gaduh-gaduh :-)
Isnin, 9 Januari 2012
Sabtu, 31 Disember 2011
Osbon Juara Maharaja Lawak Mega
Tuah 2012 nampaknya menyebelahi Osbon yang membawa pulang RM350,000 dan trofi selepas mengetepikan tiga kumpulan lain pada final Maharaja Lawak Mega terbitan Astro, di sini, tengah malam tadi. Osbon yang dianggotai Mr Os dan Sharizah Ahmad (Abon) mengetepikan cabaran Boboi yang meraih RM250,000 dan Saehu dari indonesia (ketiga-RM50,000) manakala Syok menduduki tangga keempat.
Sabtu, 1 Oktober 2011
Nabil bin Ahmad SAH bergelar Suami..Tahniah
PUTRAJAYA: Selepas terbabit pelbagai kontroversi, akhirnya juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad, 28, menemui kebahagiaan apabila selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Nazirah Ayub, 23, di Masjid Sultan Mizan, di sini pada jam 5.15, petang semalam.
Pasangan yang sudah berkenalan enam tahun dan rapat sejak enam bulan lalu itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad dengan berwali bapa pengantin perempuan, Ayub Hassan, 60. Selepas dua kali lafaz, Nabil sah menjadi suami Nazirah.
Pada majlis pernikahan itu, Nazirah menerima wang hantaran RM15,000, mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran daripada Nabil.
Selain sebentuk cincin berlian dan mas kahwin, Nazirah menerima set wangian, al-Quran, telekung dan tasbih, kasut jenama Stuart Weitzman , set solekan Channel, tepak sirih dan peralatan komunikasi, BlackBerry Playbook.
Sementara itu, pengantin perempuan membalas sembilan dulang kepada pihak lelaki iaitu sebentuk cincin, coklat, kasut, peralatan permainan siber Play Station 3 (PS3), iPad 2, sejadah/al-Quran, sirih junjung, buah-buahan dan kek.
Ketika ditemui selepas majlis pernikahannya selesai, Nabil berkata, dia sangat bersyukur dan gembira kerana hasrat mendirikan rumah tangga dan bergelar suami kepada Nazirah dimakbulkan.
“Saya memilih Nazirah sebagai teman hidup kerana terpikat dengan sikapnya yang lemah lembut, ramah, penyayang dan dia juga boleh `masuk' dalam kehidupan saya. Nazirah tak cemburu dan sangat memahami kerjaya saya sebagai artis.
“Biarpun, hubungan kami boleh dikatakan baru rapat, saya berkahwin dengan Nazirah kerana ikhlas. Sekian lama menunggu, seru mendirikan rumah tangga akhirnya tiba. Malah, bukan juga niat saya berkahwin untuk menutup kontroversi.
“Sebagai insan seni, saya tahu lumrah hidup artis yang tidak boleh lari daripada kontroversi. Namun, saya percaya dan yakin Nazirah memahaminya. Bahkan, saya akui sememangnya memilih pasangan hidup bukan di kalangan artis kerana lebih selesa,” katanya.
Hadir sama di majlis pernikahan itu, bapa Nabil, Ahmad Ismail, 60 dan ibunya, Rohizah Abdul Latif, 60. Majlis resepsi persandingan pasangan pengantin akan berlangsung di Digital Park I-City, Seksyen 7, Shah Alam, Ahad ini.
Khamis, 29 September 2011
Wedding of the year kunon..Tp Hutang Nafkah Tak bayor lg.Apa daaa...
Majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza baru sahaja selesai di Kota Tinggi, Johor.Dan ramai nampaknya mempertikai majlis tersebut yang di’katakan tidak segah yang dicanang.Untuk pengetahuan semua, sponsorship yang gah dan besar adalah untuk majlis di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur 28 September ini.Dalam kemeriahan rakyat Malaysia menatap kebahagian Norman Hakim & Memey Suhaiza, nampaknya Abby Abadi masih ingat akan janji dan tanggungjawab terdahulu Norman Hakim.
Menulis di laman Facebook rasmi beliau, Abby Abadi seakan memerli Norman Hakim yang di’katakan ‘kurang comel’ di hari pernikahan beliau Sabtu lalu kerana belum membayar hutang.Ini lebih menarik, menurut maklumat dalaman kami yang merupakan orang atasan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Norman Hakim masih terhutang nafkah sara hidup anak anak sebanyak RM35,000 sehingga ke hari ini. Jadi, dengan hutang wang hantaran perkahwinan dengan Abby Abadi sebanyak lebih RM11,000, maka jumlah hutang Norman Hakim kepada keluarga pertama beliau sehingga kini adalah lebih RM46,000.
credit for http://rotikaya.com
Khamis, 22 September 2011
Saya Dan Khairul Fahmi Sedang Mengenali
Saya dan Khairul Fahmi sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Malah apabila dilemparkan pelbagai tuduhan dan beberapa gosip membuatkan kami lebih kerap berhubung. Kami makin rapat selepas pelbagai pertuduhan dan perkataan kurang sopan yang dikeluarkan kepada saya oleh individu-individu tertentu....Peace!!
credit for http://beautifulnara.com
credit for http://beautifulnara.com
Rabu, 21 September 2011
Hantu Bonceng..Tolong Jangan Pesongkan Akidah Umat Islam
SHAH ALAM - Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), perlu mempunyai badan syariah bagi memantau filem berbaur penghinaan terhadap Islam tidak diterbitkan.Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, ini dapat dilihat apabila filem `Hantu Bonceng’ arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dilakonkan Mohd Razizan Abd Razak (Zizan) jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut Asyhadu anna Muhammadar Syaitan membawa maksud `Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan’.Beliau berkata, kalimah syahadah bukan perkataan boleh dijenakakan atau dipersendakan kerana ia boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.“Ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran salah masyarakat terhadap Islam, lebih berisiko apabila ia turut merosakkan aqidah masyarakat.“Kami mempersoalkan panel penapisan di LPF dan Finas kerana membenarkan filem yang ditayangkan untuk tontonan umum wujud babak yang menimbulkan kontroversi.“Lebih malang, pihak berkuasa agama mengambil sikap berdiam diri, malah kini terdapat lambakkan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di televisyen tanpa sebarang tindakan berkesan oleh berkenaan,” katanya.Sementara itu, Ahmad Idham yang dihubungi Sinar Harian baru-baru ini, menyifatkan isu berkenaan hanyalah usaha segelintir pihak yang cuba untuk mencari publisiti atas kejayaan filemnya.“Filem ini sudah diluluskan untuk tayangan oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk Finas dan LPF.“Sebelum membuat filem ini, saya terlebih dahulu meminta pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif seperti ulama dan mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi,” katanya.
Memang tak patut la ckp mcmtu...Tobat la wei...untung pun pikir gak akidah org lain.nanti kalau budak2 ikut..xpasal2 dapat syer dosa tu.
Sabtu, 17 September 2011
Azad dan Eira Syazira Nikah Malam Tadi...Tahniah
PUTRAJAYA: Lebih tiga tahun menyemai cinta, pasangan dramatis dan pelakon popular, Eira Syazira, 27, bersama Azad Jazmin, 35, akhirnya bernikah di rumah keluarga Eira di Putrajaya, di sini, malam tadi.
Akad nikah dilakukan ayah Eira sendiri, Shuhaimi Acheh pada jam 8.50 malam dan dengan sekali lafaz Eira Syazira sah milik Azad dengan disaksikan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat.
Hadir sama keluarga Azad dan ibu bapanya, Jeffri Abdullah dan Rosidah Kadir.Eira ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar dan mengharapkan alam rumah tangga mereka berkekalan selama-lamanya. “Alhamdulillah apa yang kami berdua impikan selama ini berjaya direalisasikan walaupun persiapan dilakukan pada saat akhir dan kami bertuah kerana keluarga banyak membantu.“Kerjaya kami berdua sebagai anak seni memang memberi ruang yang besar untuk pelbagai spekulasi, namun semuanya berjaya kami tepis dengan keputusan mendirikan rumah tangga ini.“Apa yang penting sekarang percaturan kami berdua untuk membina keluarga bahagia dan terus menyokong antara satu sama lain. Saya sendiri akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan memastikan agar ikatan ini berkekalan,” katanya yang menerima mas kahwin RM300, tetapi wang hantaran dirahsiakan.Pasangan itu mengenakan busana putih rekaan Hairi Tajuddin dan Wanpa malam tadi. Eira menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang kepada Azad yang ditaja sepenuhnya Zaha Wedding Planner dan Ari Wedding Couture.Selain jam tangan, tas tangan lelaki, kasut dan tali pinggang, pihak Eira turut menghantar jambangan coklat, gubahan buah-buahan, sejadah dan al-Quran, sirih junjung, satu set barangan sukan dari jenama pasukan bola sepak kegemaran Azad, Chelsea dan sepersalinan baju Melayu berwarna putih. Malah, sebentuk cincin yang dirahsiakan harganya juga dikirimkan buat Azad. Manakala pihak Azad membalas dengan beg tangan berjenama Tod’s, jam tangan Fossil, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat, telekung, sejadah, al-Quran, sirih junjung, iPad2 serta sebentuk cincin berlian.
Azad pula yang tampil segak tidak henti melahirkan rasa syukur kerana akhirnya mereka berdua disatukan dengan ikatan suami isteri. “Eira seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memahami saya dalam apa juga situasi. Jujurnya dialah insan yang tidak henti menyokong kerja dan apa saja masalah yang membebankan saya. Lantas saya percaya Eira adalah permaisuri terbaik buat saya kerana dialah yang melengkapkan hidup saya,” katanya yang merisik serta bertunang pada pertengahan Mei lalu.Pasangan itu akan melangsungkan majlis resepsi pada 19 November ini di kediaman keluarga Eira di Presint 14, Putrajaya dan 26 November pula di sebelah lelaki di Dewan Merin, Georgetown, Pulau Pinang.
KONSERT SUARA KAMI
Pada 17 September ini,Konsert Karnival Suara Kami yang dianjurkan oleh ASTRO bakal dilansungkan bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pelbagai acara menarik disediakan untuk semua pengunjung, antaranya bazar jualan, permainan ekstrem, permaianan interaktif dan bermacam-macam acara lagi.Anda juga akan dihiburkan oleh artis terkemuka seperti Hujan, Yuna, Faizal Tahir, Stacy, Pop Shuvit, PsychoUnit & Rabbit Mac, Soul Krazy, Altimet, DJ Fuzz and legendary Rock Guitarist Collaboration – Man Kidal, Joe Wings, Kit Search dan Hillary Ang featuring Azlan Typewriter dan juga ramai lagi. Layari Astro | Suara Kami untuk keterangan lanjut.
Read More
Layan sajer.....
Selasa, 7 Jun 2011
Gambit oh Gambit
KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks.
Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan mengghairahkan.
Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.
“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.
“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.
“Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” katanya.
sumber...harian metro
apamaujadi...islam x ajar mcmni. Wat malu jer...pasaran us kunun. org us paham ke lagu tu? Keterbukaan yg x sesuai dgn agama dan budaya masyarakat malaysia.Tobat la weiiiiiiiiiiiii...
Tahniah Abg Salleh...i follow
Beliau bersama empat isteri, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan Samihah Sheikh Amy, 25, bersama tujuh anak berlepas ke Beijing, China, semalam untuk bercuti enam hari.
Percutian itu juga adalah pakej bulan madu kepada isteri keempatnya yang genap seminggu dinikahi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor, Isnin lalu.
Menurutnya, percutian bersama keluarga itu peluang yang dinanti-nantikan selama ini kerana jarang sekali dapat berkumpul bersama memandangkan masa lapang yang terhad.
“Sebelum ini kami memang sukar merancang percutian beramai-ramai kerana ada yang sibuk bekerja dan belajar serta tidak dapat memohon cuti bersama.
“Jadi, inilah peluang keemasan, malah rezeki kami sekeluarga lebih-lebih lagi apabila sudah bertambah ahli keluarga baru. “Kesempatan ini kami manfaatkan sebaik mungkin walaupun empat anak tak dapat menyertainya kerana bekerja dan belajar,” katanya, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Percutian dianjurkan Asmadi Group Travel and Tours Sdn Bhd itu turut disertai 40 peminat dari Johor Bahru, Johor. Mereka berlepas ke negara tembok besar itu melalui pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jam 9 pagi.
Salih berkata, percutian disertai bersama peminat itu menambahkan lagi suasana ceria selain mengeratkan hubungan sedia ada.
“Ia juga dapat mendekatkan diri saya dengan peminat di samping menghargai mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya,” katanya.
Mengulas mengenai kehidupannya sekarang, Salih berharap dapat menjalankan tugas selaku suami dan bapa serta memainkan peranan yang baik terhadap seisi keluarganya dengan lebih adil dan bertanggungjawab.
Katanya, beliau mahu memperbaiki dan mempertingkatkan semua aspek dalam kehidupan keluarga.
“Saya sudah pun menghadapi detik bersama keluarga besar ini setiap hari. Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang dan berharap ia terus berjalan seperti biasa, malah bertambah baik lagi,” katanya.
sumber....harian metro
Isnin, 30 Mei 2011
Selamat Bertunang Elly Mazlein..oit..apa pegang2
Sama padan dan secocok...hehe.kalau saya cakap xcocok pun ada diorang kisah.Untuk pengetahuan korang nama jejaka pilihan Elly adalah en Azmi , dia ni seorang duda anak 2 yang telah bercerai beberapa tahun lalu. So bukan cilok suami orang kay. Apapun tahniah kak Elly...semoga sampai hajat ke ikatan pernikahan. Jangan pegang2...duduk renggang2..bertambah syg. Peace untuk apamaujadi...
Langgan:
Catatan (Atom)
Blog Yang Hebat
apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.
































