Jumaat, 17 Ogos 2012

Anak Pertama Rini AF7 Meninggal Dunia



Empat hari lalu, terdapat beberapa media melaporkan yang penyanyi wanita yang lahir dari rancangan realiti Akademi Fantasia, Rini AF7, bayi sulungnya, Mariam Joanna Johanis berada di dalam keadaan kritikal.
Pada 11 Ogos lalu, bayi sulung Rini itu dilaporkan jatuh dari katil dan mengakibatkan lemas kerana tidur secara meniarap terlalu lama.
Mariam telah dimasukkan ke hospital Kajang kerana pernafasannya terhenti dan doktor mengesahkan anaknya itu berada dalam keadaan kritikal.
Namun, ini berita terbaru yang diterima.
Mariam telah pun meninggal dunia dan berita itu disahkan oleh seorang penyanyi wanita lain, Isma di laman Twitternya sebentar tadi.
Kata Isma, wajah Mariam seperti sedang tidur lena sewaktu dia menatap bayi itu buat kali terakhir.
Malah, menurut kenyataan Isma, Rini dalam keadaan stabil dan redha dengan ketentuan Ilahi yang menjemput anaknya pergi beberapa hari sebelum menyambut kedatangan Syawal.
Beberapa minat juga turut memuat naik status mengenai pemergian anak Rini di laman Facebook.
Rini telah melahirkan Mariam di Hospital Putrajaya jam 9.34 pagi Khamis yang lalu.
Rini terpaksa melahirkan bayinya itu secara pembedahan kerana berat Mariam adalah 4.25 kilogram.
Salam takziah buat Rini dan suaminya.


# melawat jenazah pun sempat tweet lg...AMJ la.



Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.