Memaparkan catatan dengan label Apamaujadi Kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apamaujadi Kemalangan. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Februari 2016

Gempar Lebuh Raya LPT 2 Ada Harimau




Seekor harimau belang dewasa mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM321.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 1 pagi ketika harimau berkenaan cuba melintasi lebuh raya, dilanggar sebuah MPV yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu. Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Kamaluddin Mohamad, yang mengesahkan kejadian itu berkata, pemandu dan tiga penumpang MPV berkenaan selamat. Bangkai harimau belang berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut. Dalam pada itu, Kamaluddin turut menasihatkan pengguna LPT2 supaya berhati-hati memandu di sepanjang lebuh raya berkenaan terutamanya pada waktu malam berikutan banyak binatang liar berkeliaran dan melintas. "Berwaspada dengan haiwan seperti rusa, tapir, babi dan binatang ternakan seperti kambing, lembu serta kerbau yang berkeliaran di kawasan itu.
Read More

Isnin, 7 Mei 2012

Pelajar Maut Digilis Traktor






KUALA NERANG: “Pada Khamis lalu, dia berlawak dengan rakan sekolah memakai lilitan di kepala seolah-olah jenazah dikafankan,” kata Yusof Awang, 59, datuk saudara kepada Muhammad Fariz Najmi Norizan, 9, yang maut selepas digilis traktor pembajak sawah di Kampung Kubang Palas, di sini, kelmarin.

Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Muhammad Fariz mengikut bapa saudaranya, Habibullah Halim, 30-an, yang memandu jentera itu untuk membajak sawah berhampiran rumahnya dan dia dikatakan duduk di sebelah tempat duduk pemandu.


Selepas membajak tidak sampai 30 meter, Habibullah tersedar arwah tiada di sebelah.

Apabila dia memandang ke belakang arwah dilihat sudah terbaring dengan badannya disaluti lumpur serta berlumuran darah.
Read More

Isnin, 23 April 2012

Pelajar UPSI Maut

IPOH - Penuntut semester empat jurusan pendidikan awal kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), yang maut akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan pusat pengajian tinggi, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan, kata polis.





Mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden tersebut.Jenazah mangsa telah dibawa pulang ke rumahnya di Muar, Johor, awal pagi tadi untuk dikebumikan.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal dibuat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di Bangunan E-Learning kampus universiti itu.

Menurutnya, mangsa dipercayai meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan apabila terjatuh dari tempat tinggi."Antara kecederaan yang ditemui pada tubuh mangsa termasuklah patah di beberapa bahagian badan iaitu rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta bahu kiri dan kanan.
"Manakala, hidung mangsa turut patah selain dagu berlekuk kesan daripada impak jatuhan yang kuat menyebabkan berlaku kecederaan serius sehingga menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.


Semoga Allah mencucuri roh beliau...Al-Fatihah
Read More

Ahad, 19 Februari 2012

Kemalangan Maut Remaja Sekolah



Malang tidak berbau...berhati-hati di jalan raya. Ingat insan yang tersayang...sekadar pengajaran bukan untuk mengaibkan sesiapa.
Read More

Rabu, 8 Februari 2012

Pengantin Baru Terbunuh Dalam Kemalangan


Baru jer kahwin 20 minit...hurm jodoh tak panjang.Sabar ajelah...
Read More

Maut Kerana Lift Putus




Takut la plak nak naik lift....huhu. Dok umah atas tanah ajelah...

Read More

Foto Kemalangan Kereta










Ngeri kan...bagi mereka yang tak kuat semangat jangan tengok yerk.
Read More

Khamis, 26 Januari 2012

Badan Putus Siapa Yang Peduli ?


Kemalangan ngeri..jatuh motor nih. Confirm maut...berhati-hati ketika anda menunggang motor yerk. Pesanan ringkas dari apamaujadi.com
Read More

Ahad, 1 Januari 2012

Peluk Tubuh Kaku Anak Lemas


Hanya tangisan kedengaran tatkala dua ibu malang mendakap erat mayat anak masing-masing yang ditemui semalam selepas lemas sejak tiga hari lalu.
Abidah Mohd Nor, 44, ibu kepada Muhammad Adham Hamiz Ruzai, 8, dan Hapsah Sahak, 44, ibu kepada Mohd Saiful Haikal Dahari, 7, meluru ke arah anak masing-masing sebaik bot membawa dua mayat berkenaan tiba di Pengkalan Bukit Marikan, Kuala Kenderong, jam 7 pagi semalam.

Suasana bertukar pilu apabila Adibah dan Hapsah meratap hiba sambil memeluk serta mencium berulang kali tubuh kaku anak masing-masing sambil diperhatikan orang ramai.
Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan berpelukan kira-kira 30 kilometer dari lokasi mereka dipercayai terjatuh dan lemas, petang Khamis lalu.

Tidak sampai dua jam kemudian, seorang lagi mayat mangsa lemas, Muhammad Amir Fadlilah, 11, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira lima kilometer dari pengkalan berkenaan.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Adibah ketika ditemui berkata, dia tidak dapat tidur sejak kehilangan dua anak dan anak saudaranya sejak bot dinaiki mereka karam jam 2 petang, Khamis lalu.

“Saya dan keluarga melakukan solat hajat dan membaca Yassin, termasuk di tebing sungai, supaya ketiga-tiga mereka segera ditemui.



“Permintaan kami akhirnya dimakbulkan apabila anggota pasukan mencari dan menyelamat memaklumkan penemuan dua mayat kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam),” katanya sebak.

Menurutnya, dia tetap bersyukur tubuh anaknya ditemui walaupun hanya jasad tidak bernyawa.

“Sekurang-kurangnya mereka ada kubur untuk kami ziarahinya,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Gerik (HG), di sini, semalam.

Menurut Abidah, jasad kedua-dua anaknya dalam keadaan baik ketika ditemui, kecuali hidung berdarah dan sedikit bengkak di dahi, berkemungkinan terhantuk pada papan bot.

“Muhammad Adham Hamiz dan Mohd Saiful Haikal ditemui dengan keadaan berpeluk seperti tidak mahu berpisah.

“Saya dan keluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan ini akan dijadikan pengajaran, terutama kepada anak kami yang lain, supaya tidak bermain di sungai,” katanya.

Sementara itu, Hapsah pula berkata, dia dan keluarganya bersyukur susulan penemuan jasad anaknya selepas puas melakukan solat hajat dan berdoa.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam usaha mencari anak kami sehingga ditemui,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa sebelum ini dilaporkan hilang selepas bermain sampan tanpa pengetahuan keluarga, kira-kira jam 2.30 petang, Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, dua mangsa pertama ditemui penoreh getah dikenali sebagai Rizal, 40-an, dari Kampung Pulau Belayar, Gerik yang menaiki bot ketika ke kebun untuk menoreh, jam 4 pagi semalam.

“Saya dimaklumkan, dia menaikkan mayat kedua-dua kanak-kanak itu ke dalam botnya sebelum dibawa ke pengkalan Kampung Bukit Marikan.

“Sementara mayat ketiga, Muhammad Ami ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas timbul di permukaan sungai,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga jenazah dibawa ke Masjid Jamek Gerik untuk disolatkan sebelum dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Padang, Gerik selepas solat Zuhur.
Read More

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.