Khamis, 29 September 2011

Wedding of the year kunon..Tp Hutang Nafkah Tak bayor lg.Apa daaa...

Majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza baru sahaja selesai di Kota Tinggi, Johor.Dan ramai nampaknya mempertikai majlis tersebut yang di’katakan tidak segah yang dicanang.Untuk pengetahuan semua, sponsorship yang gah dan besar adalah untuk majlis di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur 28 September ini.Dalam kemeriahan rakyat Malaysia menatap kebahagian Norman Hakim & Memey Suhaiza, nampaknya Abby Abadi masih ingat akan janji dan tanggungjawab terdahulu Norman Hakim.

Menulis di laman Facebook rasmi beliau, Abby Abadi seakan memerli Norman Hakim yang di’katakan ‘kurang comel’ di hari pernikahan beliau Sabtu lalu kerana belum membayar hutang.Ini lebih menarik, menurut maklumat dalaman kami yang merupakan orang atasan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Norman Hakim masih terhutang nafkah sara hidup anak anak sebanyak RM35,000 sehingga ke hari ini. Jadi, dengan hutang wang hantaran perkahwinan dengan Abby Abadi sebanyak lebih RM11,000, maka jumlah hutang Norman Hakim kepada keluarga pertama beliau sehingga kini adalah lebih RM46,000.




Sebenarnya kami simpati dengan Norman Hakim, perkahwinan jutaan ringgit bukan datang dari poket beliau dan masih orang akan berkata, “…kahwin juta juta mampu, nafkah sara hidup anak belum bayar”. Menurut sumber itu lagi, pada malam sebelum majlis pernikahan Norman Hakim berlangsung, Abby Abadi ada menelefon sang bekas suami bertanyakan perihal hutang ini, namun jawapan’nya hampa. Saya pasti Norman Hakim sudah mempunyai pelan yang tersusun untuk menjadi ayah & suami yang bertanggungjawab selepas ini. Seperti kata beliau kepada semua media baru baru ini. 


Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.