Isnin, 23 April 2012

Pelajar UPSI Maut

IPOH - Penuntut semester empat jurusan pendidikan awal kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), yang maut akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan pusat pengajian tinggi, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan, kata polis.





Mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden tersebut.Jenazah mangsa telah dibawa pulang ke rumahnya di Muar, Johor, awal pagi tadi untuk dikebumikan.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal dibuat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di Bangunan E-Learning kampus universiti itu.

Menurutnya, mangsa dipercayai meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan apabila terjatuh dari tempat tinggi."Antara kecederaan yang ditemui pada tubuh mangsa termasuklah patah di beberapa bahagian badan iaitu rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta bahu kiri dan kanan.
"Manakala, hidung mangsa turut patah selain dagu berlekuk kesan daripada impak jatuhan yang kuat menyebabkan berlaku kecederaan serius sehingga menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.


Semoga Allah mencucuri roh beliau...Al-Fatihah

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.