Isnin, 30 Mei 2011

Tips Meningkatkan Komen di Blog Anda


Ramai kawan-kawan tanya macam mana nak dapat komen yang banyak untuk setiap entri. Pada permulaan blog2 yang popular pun melalui pengalaman yang sama hanya 1-2 komen je yang singgah untuk setiap entri. 
Pepatah ada berkata “success never come over nite”. Jangan kecewa kalau 3-4 bulan pertama blog anda tak dapat sambutan sangat. Semua blogger yang dah Top melalui pengalaman yang sama, kalau tak percaya tanyalah owner http://beautifulnara.com
Berikut beberapa tips berdasar pengalaman bloger2 yang boleh meningkat komen di blog anda :
1. Rajin tinggalkan komen di blog newbie sebabnya diaorang pun nak byk kan komen maka selalunya mereka akan melawat balas blog kita dan tinggalkan komen.
2. Rajin tinggalkan komen yang berkualiti di blog yg top dan pastikan jadi top 5 commentor setiap bulan, insyallah sebahagian peminat blog tersebut akan singgah blog kita. Contohnya sekiranya anda rajin tinggalkan komen di http://apamaujadi.blogspot.com pasti akan ada beberapa peminat blog http://apamaujadi.blogspot.com yang akan singgah ke blog anda.
3. Set kan sistem komen di blog anda dengan commentLuv  jadi kawan-kawan suka nak tinggalkan komen sambil mempromosi entri terbaru mereka.
4. Tinggalkan komen anda di blog yang mempunyai setting commentLuv dengan secara tak lansung anda mempromosi entri terbaru.
5. Paling penting balas setiap komen yang ditinggalkan kerana pengomen akan rasa komen mereka dihargai seperti yang dibuat oleh kebanyakan blog terkenal seperti beautifulnara.com dan lain-lain. 
6. Guna sistem autorespond dimana setiap kali kita membalas komen pengomen akan diberitau melalui email jadi sudah pasti mereka akan bertandang kembali untuk melihat apakah jawapan balas kita dan biasa mereka akan menambah komen mereka.
7. Kalau ada modal buat contest top commentor setiap bulan. Hadiah bukan semestinya mahal mungkin boleh sekadar pre paid top atau produk yang simple tapi menarik.
Selamat mencuba bersama-sama...

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.