Isnin, 30 Mei 2011

Tarif Elektrik naik mulai 1 Julai 2011


PUTRAJAYA: Seperti dijangka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya hari ini meluluskan kenaikan tarif elektrik yang butirannya akan diumum Isnin ini.
Keputusan itu dibuat oleh Najib ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi (NEC) di sini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi tersebut.
Sejak beberapa minggu lalu, kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik.
Ia sebagai usaha langkah kerajaan menarik subsidi kepada rakyat, dalam keadaan Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menerima RM19 bilion hingga RM22 bilion subsidi setiap tahun.
Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan tarif itu, yang hanya menguntungkan kroni IPP, sebaliknya membebankan rakyat dengan segala macam kenaikan kos dan harga barangan lain.
Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

aduh...letrik naik lak. yang sekarang ni pun dah tunggak 1 bln xbyr.rasa macam dah jimat sangat guna letrik..tp still mahal gak bill tiap2 bln.meter rosak ke...sekarang ni letrik naik.pening2 nak byr letrik...apa mau jadi.......................

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.