Jumaat, 25 Oktober 2013

Ringkasan Budget 2014





Tema Bajet 2014 ialah "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi & Melaksana Janji", dengan 5 teras utama

Teras 1: Merancak Aktiviti Ekonomi.

Teras 2: Mengukuh Pengurusan Fiskal.

Teras 3: Mengunggul Modal Insan.

Teras 4: Mempergiat Pembangunan Bandar & Luar Bandar.

Teras 5: Mensejahtera Kehidupan Rakyat.


Bursa KL catat paras tertinggi dlm sejarah 1,818 mata (RM1.66 trilion) semalam, bukti peningkatan keyakinan pelabur luar & domestik.

Pelaburan langsung asing (FDI) bersih lbh tinggi pd RM18.2 bln utk separuh tahun pertama 2013 berbanding RM15.9 bln pd separuh pertama 2012.

Ekonomi negara dijangka berkembang 4.5% hingga 5% untuk 2013, disokong pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 16.2% (RM165 bilion).

Penggunaan swasta & awam dijangka berkembang 7.4% & 7.3%, disokong terutamanya oleh kerancakan ekonomi domestik.

Prospek ekonomi global yang dijangka lbh baik, membolehkan ekonomi Msia diunjur berkembang 5% hingga 5.5% pada tahun hadapan.

Eksport barangan Msia juga dijangka meningkat pd kadar 2.5% berikutan perkembangan positif luar negara.

Bagi tahun 2014, sektor pembinaan dianggar meningkat 9.6% dan diikuti sektor perkhidmatan pada 5.7%.

Kadar pengangguran bagi tahun 2014 dianggar pd hanya 3.1% manakala kadar inflasi kekal rendah pd 2% hingga 3%.

Pendapatan perkapita bg tahun 2014 dijangka cecah RM34,126, iaitu 37% lbh tinggi berbanding RM24,879 pd tahun 2009.

Kerajaan Persekutuan mengunjur kutipan hasil bagi 2014 sebanyak RM224.1 bln, tambahan RM4 bln berbanding 2013.

Defisit fiskal negara dijangka terus berkurangan kpd 3.5% drpd KDNK bagi tahun 2014, berbanding 4% pd 2013.

Lebuhraya Pantai Barat dari Banting-Taiping (316km) serta landasan keretapi berkembar Ipoh-Padang Besar & Gemas-Johor Bahru.

Dalam bidang minyak & gas, Petronas akan laksana. Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) di Sipitang.

Pembangunan bersepadu pengeluaran gas & minyak di Kebabangan. loji regasifikasi di Lahad Datu. projek RAPID di Pengerang, Johor.

Kerajaan akan terus galak pelaburan di 5 Wilayah Koridor Ekonomi. Sehingga akhir 2012, RM124 bilion pelaburan tlh direalisasikan.

Bagi 9 bulan pertama 2013, kesemua koridor berjaya tarik pelaburan berkomited RM53.4 bln. Hampir 50% drpd itu tlh direalisasikan.

RM3 bln utk Dana Pembangunan Maritim secara pinjaman mudah bg galak perkembangan industri perkapalan, pembinaan limbungan, aktiviti sokongan.

Kerajaan akan gubal Dasar Penerbangan Nasional utk kukuhkan eko-sistem & rantaian perkhidmatan industri penerbangan.

Sistem pengurusan trafik udara di Subang berusia 20 thn akan digantikan. Pusat yg baru akan dibina di KLIA dgn kos RM700 juta.

RM312 juta diperuntuk menaiktaraf beberapa lapangan terbang termasuk Kota Kinabalu & Sandakan di Sabah, serta Miri, Sibu & Mukah di Sarawak.

Terminal penumpang di lapangan terbang antarabangsa Langkawi & lapangan terbang Kuantan juga akan dinaiktaraf.

Dengan sasaran 28 juta pelancong, tahun 2014 diisytihar sebagai Tahun Melawat Malaysia.

Tahun 2015 pula diumumkan sebagai "Year of Festival".

Mengikut laporan @CNN Travel 2013, KL ialah bandaraya ke-4 paling popular utk beli-belah selepas New York, Tokyo & London.

Utk pelaburan dlm hotel baru, Krjn cadang tempoh permohonan galakkan Taraf Perintis &Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan hingga 31 Dis 2016.

Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bln akan sediakan pinjaman mudah bg biayai pembinaan infrastruktur & pembelian perlatan.

Krjn akan laksana Fasa Ke-2 Projek High Speed Broab Band (HSBB) dgn kos RM1.8 bln. Ini akan beri tambahan liputan terutama di kwsn bandar.

1,000 pemancar telekomunikasi akan dibina dlm 3 tahun dgn pelaburan RM1.5 bln utk tingkatkan liputan internet luar bandar.

Di Sabah & S'wak, kabel dasar laut yg baru akan dipasang dlm tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta.

Untuk menjadi pasaran SRI, Indeks Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) akan diperkenalkan bg meningkatkan profail sykt tersenarai.

Hampir 66,000 org telah mencarum Skim Persaraan 1Malaysia (SP1M) dgn jumlah simpanan melebihi RM240 juta.

Krjn akan tingkat sumbangan kpd SP1M sebanyak 10% berkuatkuasa 1 jan 2014, drpd 5%. Ini dijangka dpt tarik 30,000 pencarum baru.

Utk tingkatkan simpanan tambahan, krjn galak orang muda buat pelaburan jangka panjang melalui Skim Persaraan Swasta (PRS).

Krjn cadang insentif RM500 secara one-off kpd pencarum PRS dgn pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dlm tempoh setahun.

Insentif PRS ini terbuka kpd umur 20-30 tahun bermula 1 Jan 2014, bg tempoh 5 tahun ini dan akan libatkan peruntukan RM210 juta.

RM6 bln akan disediakan untuk pelaksanaan prgm pertanian yg mempunyai nilai tambah tinggi & berdaya komersil.

1) Penubuhan Food & Agro Council for Export (FACE) akan memudahkan peningkatan eksport produk pertanian tempatan

2) Memperkukuh FAMA utk lbh berperanan strategik dgn konsep dari ladang ke pasaran eksport.

Demi memastikan kesegaran produk pertanian utk pasaran eksport, kemudahan "cold room" akan disediakan di KLIA.

3) Pastikan harga berpatutan bg produk makanan dgn penambahan 60 pasar tani, 50 pasar ikan, 50 karavan tani & memperluas 100 gerai buah2an

Kerajaan peruntuk RM2.4 bln bg meneruskan bantuan subsidi & insentif termasuk utk baja, benih, harga padi, harga beras & hasil nelayan.

RM634 juta di bawah NKEA bg tingkat produktiviti & hasil produk pertanian yg mempunyai permintaan tinggi spt tanaman padi & ikan dlm sangkar.

Projek ternakan lobster di Semporna, Sabah dgn kerjasama sykt multinasional akan hasil 18,000 tan metrik & 20,000 pekerjaan.

Bioeconomy Community Development akan bangunkan tanah2 terbiar melalui aplikasi bioteknologi & penanaman kontrak bg tambah pendapatan petani.

Potongan cukai kpd sykt yg melabur utk memperoleh platform teknologi dlm industri berasaskan bio.

Pengecualian duti import ke atas peralatan R&D bg sykt yg melabur dlm pilot plant utk tujuan pra-pengkomersilan di Msia.

Insentif khas kpd sykt utk menampung sebahagian kos operasi pembangunan modal insan bg Centre of Excellence for R&D.

Sebuah dana pinjaman mudah RM50 juta di bwh Tabung Usahawan Siswazah yg dikendali SME BANK dilaksanakan untuk siswazah ceburi keusahawanan.

Krjn cadang peruntukan pakej bersepadu RM120 juta yg merangkumi Dana Pinjaman utk biaya prgm peningkatan kapasiti PKS.

Krjn cadang perbezaan gaji yg ditanggung majikan PKS slps kadar gaji minimum diumum diberi potongan cukai tambahan dari 1 Jan-31 Dis 2014.

Skim Usahawan Pasar Malam dgn dana RM100 juta di bwh BSN beri pinjaman mudah bantu peniaga pasar malam tampung kos niaga.

Satu jawatankuasa khas yg dipengerusikan KSN akan siasat & ambil tindakan tegas ke atas salah laku penjawat awam. 

Mulai taksiran 2014, pembayar cukai tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati bhw PCB dianggap cukai muktamad.

Krjn sedia RM47 bln pd 2013 utk pelbagai jenis subsidi, insentif & bantuan. 53% (RM24.8 bln) drpd jumlah ini ialah utk subsidi petroleum..

Kerajaan cadang cukai jualan & cukai perkhidmatan dimansuhkan & digantikan dengan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST).

GST akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015 & kadar yg ditetapkan ialah 6%. Ini adalah yg terendah dikalangan negara Asean.

GST tidak akan dikenakan kpd barangan asas spt beras, gula, garam, tepng, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin dll. 

Bekalan air paip & 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik tidak dikenakan GST.

Perkhidmatan yg disediakan kerajaan spt pengeluaran pasport, lesen, kesihatan, pembelajaran di sekolah dll tidak dikenakan GST.

Perkhidmatan pengangkutan spt bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya dikecualikan drpd GST.

Jual beli & sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yg terpilih juga dikecualikan drpd GST.

Bonus kpd penjawat awam dgn byrn minimum RM500, bayaran khas kewangan RM250 juga akan diberi kepada pesara.

BR1M RM 650 bagi yg berkahwin...bujang RM 300.




Semoga MALAYSIA bertambah maju...AMIN...AMJ

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.