Ahad, 3 Mac 2013

Berita Terkini Di Lahad Datu



Al-fatihah buat pejuang negara...

Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :





1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).


Gugurnya mempertahankan kedaulatan negara, kedaulatan dipertahan biarpun dengan terlalu lama masa perundingan yang direncana pemerintah, akhirnya pejuang gugur jua.

Maruah negara jangan dipertangguh-tangguhkan, jangan dibiarkan kedaulatan negara boleh diperkotak-katikkan hanya dengan beberapa ratus orang 'batak' sahaja, seluruh rakyat Malaysia menantikan berita yang boleh membanggakan semua.



2 Mac 2013

Jumlah Anggota Polis Terbunuh Meningkat Kepada 8 Orang

LAHAD DATU: Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.


PERHATIAN !!!!

Please take note! Penceroboh juga ada dalam page kami dan sedang memerhati setiap post dan comment kita. Tolong jangan update selagi PDRM tidak update confirmed. Sebab diorang suda cipta post palsu ini untuk menakutkan rakyat dan kita panic. Bila kita sebarkan keadaan akan bertukar nampak macam tentera mereka ramai padahal sikit saja. Ini salah satu taktik diorang. Tolong pesan dengan orang lain. Tolong jangan update dekat Facebook kalau ternampak ATM tengah buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana. Percuma Penceroboh dapat info! Senang2 diorang serang. Btw ada apa2 simpan dalam hati. Mereka sedang memerhati! Kepada Rakyat Sabah, tolong jangan sebarkan maklumat di FB atau dimana2 sekalipun apa yang anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah. Apa yg anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara. Tolong jangan merasa bangga dengan maklumat yang anda sebarkan. Anda hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara. Sekarang anda juga memegang amanah negara dengan tidak menyebarkan maklumat. Pegang amanah itu erat2. Lebih baik berdiam diri dan terus berdoa....nie info dr mber kt sabah..saya cma post kan..kita hrp pejuang2 kita selamt. ....same2 kite berdoa untuk pejuang dan keselamatan Negara....




MUSUH KITA SEMUA....






Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.