Sabtu, 17 November 2012

Komen Ust Azhar Idrus Berkaitan Anugerah Skrin 2012



Susulan daripada lawak pelakon, Rosyam Noor mempersendakan stesen TV Al-Hijrah pada malam Anugerah Skrin 2012, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) ada memberi komen di Facebooknya.

Seorang individu dengan nama Cahaya Penghafal ada bertanyakan isu berkenaan kepada UAI dengan menulis apakah hukumnya berkata “Nasib TV3, boleh sentuh-sentuh sikit. Kalau TV Al-Hijrah memang tak dapat dah”.

Dan Ustaz Azhar ada membalas soalan berkenaan dengan memberitahu “Cakap orang jahil mcm tu.. jika ada niat menghalalkan yg haram maka berdosa besar”.

Namun, kita pun sudah tahu yang Rosyam tidak bermaksud begitu.

Sebelum ini, Rosyam Nor dikatakan telah menghina TV Al-Hijrah secara terbuka dan ada yang menyatakan tindakannya ini menghina agama yang dianutinya sendiri.

Apa pun, seperti biasa anugerah yang bersiar secara langsung pasti tidak dapat berjalan dengan begitu lancar.

Mesti ada sesetengah perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kata-kata yang diucapkan memang tidak boleh ditarik semula.

Diharapkan selepas ini Rosyam akan lebih berhati-hati dalam berbicara lebih-lebih lagi apabila rancangan itu dibuat ‘live’.


http://mynewshub.my

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.