Isnin, 7 Mei 2012

Pusat Karaoke Terbakar...9 Orang Maut



SEOUL: Sebuah bar karaoke musnah dalam kebakaran dan mengorbankan sembilan orang, semalam.

Polis berkata, mangsa leka minum dan berkaraoke di pusat hiburan berkenaan yang terletak di tenggara Busan apabila api mula merebak.


Jurucakap polis Busan berkata, mereka percaya tiga lelaki Sri Lanka dan enam warga Korea Selatan terbunuh akibat terhidu asap beracun. “Sekurang-kurangnya 25 cedera, termasuk seorang parah. Punca kebakaran masih disiasat,” katanya.

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.