Sabtu, 31 Disember 2011

Kekasih 19 Tahun Di Tahan


Seorang remaja berusia 19 tahun dipercayai teman lelaki kerani bank yang dibunuh kejam minggu lalu ditahan semalam bersama dua lagi rakan bagi membantu siasatan kes itu. Polis turut menemui komputer riba milik Rozana Mohd Yusak, 35, yang ditikam 35 kali dalam kejadian di rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong di sini pada 22 Disember lalu.


Difahamkan, ketiga-tiga lelaki terbabit berusia 19 dan 20 tahun itu menjual komputer riba berkenaan kepada wanita yang dikenali mereka dengan harga RM600. Menurut sumber, perbuatan kejam mereka ini terbongkar apabila polis Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengadakan serbuan berasingan di Pantai Dalam dan Kampung Datuk Keramat, malam kelmarin.



“Polis yang menemui bukti baru pembabitan ketiga-tiga lelaki terbabit termasuk seorang daripadanya adalah teman lelaki mangsa selepas penemuan pisau yang digunakan menikam Rozana.“Difahamkan, pisau itu ditemui di dalam longkang berhampiran kediaman mangsa kelmarin,” katanya. Sumber berkata, dalam serbuan pertama jam 8 malam, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam bersama seorang lagi suspek berusia 19 tahun. “Hasil serbuan pertama itu polis mengesan seorang lagi suspek di rumah di Kampung Datuk Keramat kira-kira jam 1 


“Setakat ini, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan tidak menolak berkemungkinan akibat cemburu kerana ketika kejadian berlaku pertengkaran antara mangsa dengan teman lelakinya itu,” katanya. Menurutnya, suspek yang ditahan dibawa ke Mahkamah Selayang mendapatkan perintah tahanan reman. Semua suspek ditahan reman hingga 6 Januari ini bagi membantu siasatan.



Harian Metro pada 22 Disember lalu melaporkan, seorang kerani mengesot lima meter meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, meskipun ketika itu kesakitan selepas ditikam 35 kali di seluruh tubuh.


Sumber Hmetro

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.