Sabtu, 17 September 2011

Populariti Najib jatuh merundum: Giliran Muhyiddin Pula Menjadi Perdana Menteri ! !



Keadaan baru-baru ini nampaknya tidak memihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam komen mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, beliau jelas menunjukkan dia telah menjauhkan dirinya daripada anak didiknya.
Beliau bersetuju dengan penemuan kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan kedudukan populariti Najib menjunam 6 mata peratusan kepada 59% daripada 65% sejak tiga bulan yang lalu pada bulan Mei.
Reaksi Mahathir, walaupun kurang menyenangkan, adalah penting memandangkan ramai ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin BN mempertikaikan atau menolak tinjauan pendapat oleh Merdeka Centre ini. Walaupun berusia 85 tahun, Mahathir masih merupakan broker kuasa yang masih bersuara dalam UMNO, parti politik terbesar yang telah memerintah secara autoritarian di Malaysia sejak 5 dekad yang lalu.
Tetapi Mahathir masih lagi berhati-hati dalam memberi komen. Dia lebih menyalahkan kejatuhan populariti Najib yang berusia 58 tahun itu atas kesilapannya menangani perhimpunan Bersih 9 Julai yang lalu. Dalam keadaan terdesak untuk menghentikan demonstrasi itu, Najib telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri untuk memghalang gerakan untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan memberi kuasa kepada pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju kuning iaitu warna Bersih.
" Datuk Seri Najib telah dipersalahkan tetapi saya tidak tahu apa yang Datuk Seri Najib fikir dengan melarang orang ramai dari memakai baju kuning. Saya tidak terfikir beliau akan memberitahu pihak polis agar menangkap sesiapa yang berbaju kuning. Hakikatnya orang-orang yang memakai baju kuning telah dilihat sebagai musuh. Ini adalah satu kesilapan kerajaan Malaysia dan sekaligus memberi imej buruk kepada kerajaan, "Malaysian Insider melaporkan kenyataan Mahathir pada hari Jumaat.

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.