Isnin, 2 Mei 2011

Pelesit rempit masuk perangkap

NILAI – Taktik polis yang ‘memberi muka’ terhadap pelesit rempit untuk berpesta sambil menayangkan aksi berani mati sebelum melakukan serbuan membuahkan hasil apabila seramai 203 penunggang motosikal ditahan di Dataran Nilai di sini semalam. Sebelum ditahan, mereka yang berusia di antara 14 dan 25 tahun itu khusyuk dengan gelagat masing-masing menunggang secara berbahaya termasuk melakukan aksi ‘Superman’. Sebaik pasukan penguat kuasa daripada pelbagai agensi yang berjumlah 130 orang mula menutup jalan pada pukul 9.30 malam, pelesit rempit tersebut kelihatan panik. Ada di antara mereka begitu terdesak sehingga cuba merempuh anggota penguat kuasa. Ketua Operasi, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, selain polis trafik Bukit Aman, operasi itu turut disertai anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.