Ahad, 29 Mei 2011

2012 lebih sesuai BN panggil PRU-13, ramal penganalisis

          Meskipun spekulasi semakin kuat bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan, tetapi penganalisis dan pemerhati beranggapan 2012 adalah tempoh yang lebih kondusif dan memihak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan mandat baru.
Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013 manakala pilihan raya negeri Sarawak mesti diadakan diadakan tahun depan memandangkan tempoh hayat Dewan Undangan Negeri akan berakhir Julai 2011.
BN harus mempertimbangkan beberapa faktor penting seperti kedudukan ekonomi semasa, domestik dan juga global, populariti di kalangan pengundi, bajet negara khususnya isu berkaitan dengan kakitangan awam sebelum menetapkan tarikh sesuai bagi pilihan raya umum ke-13, penganalisis memberitahu The Malaysian Insider.

Tahun ni ke pilihanraya umum..sy rasa tak kot. kerajaan akan tergugat kalau buat pru thn ni coz mcm2 menda naik...minyak pun nyaris naik aritu.rakyat sure ramai yang xpuas ati dengan apa yg jadi sekarang ni.korang rasa macamna ..?

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.