Ahad, 1 Mei 2011

Padah berjudi sebelah keranda


BUTTERWORTH: Sekumpulan lelaki dan wanita boleh diibaratkan ‘buta hati’ kerana sanggup berjudi bersebelahan keranda mayat yang disimpan untuk disemadikan di Rumah Pangsa Seri Tanjung di Jalan Raja Uda, di sini, tengah malam semalam.
Mereka dikatakan sengaja mengambil kesempatan berjudi di bawah khemah khas untuk menyimpan mayat itu dan hanya menggunakan kain sebagai pemidang bagi memisahkan meja judi mereka dengan keranda.



Bagaimanapun, aktiviti mereka terbongkar apabila diserbu sepasukan 20 anggota polis diketuai Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Superintendan Sayuti Harun.

Dalam serbuan jam 12 tengah malam, 15 lelaki dan dua wanita berusia antara 27 tahun hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan.



Difahamkan, ketika serbuan, beberapa lelaki cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis hingga ada yang terjatuh dan mengalami luka.




Menurut Sayuti, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam dan intipan dilakukan polis sebelum itu.

Katanya, ketika serbuan dilakukan, mereka asyik berjudi dan bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran polis.



“Siasatan awal mendapati mereka bermain judi belangkas dan kebanyakan mereka adalah penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.