Ahad, 1 Mei 2011

Krisdayanti mohon maaf...Apa mau jadi ni?


JAKARTA: Menyedari dia hamil anak luar nikah, Krisdayanti (KD) dikatakan memohon maaf kepada peminat dan rakyat Indonesia.
Melalui kakaknya, Yuni Shara, KD menyatakan alasan kenapa dia memberitahu kehamilannya itu kepada umum.

Penyanyi terkenal Indonesia itu yang melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan asal Timor Leste, Raul Lemos kira-kira dua bulan lalu, mengaku dia hamil empat bulan, minggu lalu.

Menurut Yuni, adiknya itu enggan dicap negatif.

“Dia juga tidak mahu tertekan dengan menyembunyikan kehamilannya daripada masyarakat, lebih-lebih lagi katanya, dia dikenali ramai dan sudah pasti akan menjadi tumpuan setiap masa. “Dia tidak mahu sembunyi dan dikecam. Orang ramai akan tahu juga akhirnya. “Dia harap masalah yang ditanggungnya dapat difahami semua pihak,” kata Yuni kepada wartawan di Jakarta, semalam.


Menurutnya, KD tidak mahu meniru selebriti lain yang menyembunyikan kehamilan luar nikah mereka.

“Begitu ramai pasangan selebiriti baru menikah tetapi melahirkan anak selepas beberapa bulan saja,” ujar Yuni.
Sumber hmetro
Nak minta maaf pun bukan kat peminat la...minta maaf dgn Allah SWT. Manusia sekarang lebih takutkan sesama manusia..lupa ke nak takutkan Allah?Apa Mau Jadi ni?

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.