Sabtu, 30 April 2011

Jepun dan Loji Nuklear...Apa mau jadi?



TOKYO: Air paip di Tokyo didapati mengandungi kadar iodin radioaktif dua kali lebih tinggi daripada yang dikira selamat untuk kanak-kanak manakala Amerika Syarikat menjadi negara pertama menghentikan import makanan dari sekutunya itu kerana kebimbangan radiasi.


Tahap iodin radioaktif dalam paip air di pusat rawatan air pinggir Tokyo mendapati bekalan air yang disalurkan ke paip mengandungi 210 becquerels, kata pegawai Biro Air Tokyo. Kadar itu melebihi dua kali had yang disarankan iaitu 100 becquerels seliter.

Bayi di Tokyo tidak seharusnya diberi minum air paip walaupun tahapnya tidak memberikan risiko pada kesihatan dengan serta merta kepada golongan dewasa, kata pegawai.
Hampir dua minggu selepas tragedi gempa dan tsunami pada 11 Mac lalu, pegawai nuklear masih berusaha menstabilkan loji yang terlalu panas dan musnah di Fukushima itu, yang mana kebocoran radioaktif dikesan sejak kejadian yang merosakkan sistem penyejukan.


Gempa pada kekuatan 9 skala Richter merosakkan loji nuklear di Fukushima manakala tsunami menyebabkan 23,000 penduduk maut atau hilang.



Radiasi turut menyerap dalam sayur, susu mentah, bekalan air dan air laut di kawasan sekeliling loji itu.



Apa Mau Jadi dah dengan dunia kita sekarang...kerakusan manusia mengejar kemajuan dan pembangunan.Apa yang berlaku ini adalah 1 peringatan kepada semua manusia.

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.