Selasa, 5 Mac 2013

Berita Terkini Di Lahad Datu - Gempur ATM



ATM Guna 3 Pesawat Pejuang F18 Dan 5 Hawk, Tiada Anggota Keselamatan Negara Cedera – Menteri Pertahanan | Dalam misi menggempur Tentera Sulu yang berkubu di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula pagi tadi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan menggunakan 3 pesawat pejuang F18 dan 5 Hawk.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal hari ini.
"Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan).
"Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu hari ini.
Tinjauan di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari ini mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.
Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.


KRONOLOGI GEMPUR PENCEROBOH PIHAK ATM DI LAHAD DATU 5 MAC 2013
12 tgh hari – Setakat ini kematian penceroboh belum disahkan lagi dan tiada kematian dari pihak kita. Alhamdulillah
11.20 pg – Operasi udara telah dihentikan, Pasukan darat pula ambil alih serangan.
11.20 pg – Laporan mengesahkan tiada kecederaan atau kematian dari Pihak Malaysia…
10.15 pagi – Bergegar bangunan dan cermin Hotel Felda Residence, di Felda Sahabat 16, di mana tempat wartawan berkumpul akibat letupan berdekatan !!
10 pagi – Pasukan keselamatan lancar serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping.Suasana di Hospital Lahad Datu pada masa ini agak sibuk apabila ambulans telah bersiap sedia. Lima buah ambulans dilihat bergegas keluar dengan diiringi dua kereta polis.
9.30 pg – Unit Udara telah mendahului dan menyerang kedudukan Penceroboh di Lahad Datu. Kedengaran lebih daripada 10 letupan berlaku di sana.
9.00 pg – Kedengaran bunyi pesawat dan letupan kuat di sekitar kampung Tanduo. Keadaan tegang tapi tenang.
8.06 pagi – Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu
6.00 pagi, 7 Batalion tentera telah berada di sekitar Sabah. Setakat pagi ini tiada serangan dan pencerobohan yang berlaku.
 

Blog Yang Hebat

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.